Siri 2


Berpaling. Anuar dan Asyraf memandang ke arah diri masing-masing. Jelas sekali terpancar wajah kekeliruan pada muka Anuar yang bingung akan ‘amaran’ yang dilemparkan oleh Xyryll kepada dirinya itu.

Bertuala biru yang semakin pudar warnanya, Xyryll segera merapati Asyraf yang masih menggenggam pencukur di tangan kanannya. Dirangkul perlahan leher kekasihnya itu sambil cuba merapatkan kepala Asyraf ke arah mukanya – dengan tujuan untuk mencium ubun-ubun lelaki itu. Menyedari akan sikap tak terduga Xyryll ini, Asyraf segera menolak dada Xyryll. Riak wajahnya sedikit berubah seolah-olah menyembunyikan satu perasaan yang semakin membuak dalam hati seorang lelaki. Ya, amarah.

Kau pehal ni?!

Bagaikan tersentak daripada lamunan dan ngantuk pagi, Xyryll terkebil-kebil setelah dirinya sedar dek tolakan kuat yang dilemparkan Asyraf.

Ntoh!! Kau ni kenapa Xyryll?”, sampuk Anuar.

Pepagi lagi dah gila??”, ulangnya.

Hah! Elok benar lah tu. Roommate dengan roommate. Masing-masing dah gila pagi-pagi hari…”, Anuar berlalu menuju ke bilik mandi yang sudah kosong, mengambil masanya untuk membersihkan diri. Ditinggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan yang statik; berdiri tegak sambil memandang ke arah diri masing-masing.

Anuar bersiul sambil mandi.


--

Agak-agak lah weh!

Aku tak suka lah bila kau buat macam tu tadi…

Baju kemeja putih itu disarung dan dipakai perlahan oleh Asyraf. Hampa dirinya setelah bebelannya itu tidak berbalas. Sekurang-kurangnya balaslah dengan ‘Ya’, jika berat sekalipun, nada suara yang lebih menjurus kepada meminta maaf juga sudah cukup untuk memuaskan hatinya. Butang kemeja itu dikenakan satu per satu. Dan keadaan dalam bilik itu masih senyap. Cuma sesekali kedengaran denting cawan porcelain akibat dikacau kuat dengan sudu oleh Arief yang sedang menyediakan Milo untuk minum paginya.

Setelah memastikan rambutnya disikat rapi dengan jemarinya, Asyraf menggapai beg galasnya untuk segera ke kelas tutorial Matematik. Stoking disarungkan dengan segera sebelum kasut kulit hitam yang berkilat itu dipakai, melengkapkan ‘uniform’ seragamnya.

Hampir saja pintu bilik ditutup oleh Asyraf, Xyryll menahan dan menguaknya sedikit, memberikan ruang selebar beberapa inci cuma untuk dirinya melihat wajah Asyraf yang terkejut.

Minta maaf ya.

Mata kanan dikenyitkan.

Lunch sama-sama kejap lagi okay?”, balas Asyraf.

Okay. Aku belanja.

Berlalu. Dalam perjalanan ke kelas tutorial, Asyraf masih lagi tersenyum. Ada ketika dia tersengih, menampakkan gigi putihnya itu. Dan perihal ini disedari Anuar yang kebetulan berselisih dan berjalan di sebelahnya.

Tu dia…!

Dari tadi duk tersenyum, tersengih sorang-sorang…

Pepagi lagi dah gila!

Gelak.

--Bersambung…

NUke

Bengong! Jangan lah korang baca tajuk entry ni dengan nada watak itik (Ming Ming) dalam WonderPets!

Ini entry serius.

Aku rasa aku perlu masuk kelas pengurusan kewangan lah! Asal tiap kali hujung bulan je or time2 gaji nak masuk, ade je benda-benda baru yang menarik perhatian aku! Kalau setakat seringgit dua ringgit tu boleh la tutup sebelah mata.

Tapi kalau dah sampai benda yang berharga USD 99.90 (belum masuk kos shipping USD 34.50), tak ke akan berlaku satu pembaziran kewangan?

Nak beli ke tak?


NUke

Semalam, setelah seminggu aku ambil cuti dari kerja, aku pun menyambung semula rutin sebagai seorang pekerja kat event management punya company. Well, as expected, memang berlambaklah email yang masuk and waiting for further actions. But aku takde lah menjangka sehingga sebegitu banyak emel!! 68 email baru. Dan ada juga daripada tu emel2 berangkai. Kalau korang guna Google Mail, aku rasa korang leh bayangkan kot. Sometimes in that one particular email, correspondence pun boleh jd up to few emails.

Faham x apa yg cuba aku sampaikan?

Tak?

Lantak lah.



Anyway, hari ni pulak, mata aku sepanjang masa je merah. Merah yang merah la. Bukan takat mata merah akibat kena tenyah ngan jari, tapi sememangnya merah yang merah. Faham tak? Sampai kat ofis pun, semua org tegur. Segan pun ade gak. Dan yang nyata, 3 orang telah menawarkan "Eye Mo" kpd aku. Lepas je Lissa 'titikkan' aimo itu, maka terkebil2lah aku ibarat menangis tak berlagu dengan lebihan aimo meleleh-leleh di muka. Lissa kata dia seram tgk mata aku. Sebab besar!

For like few hours then, mata aku kembali pulih but still terasa pedih2. Aku rasa mata aku ni mogok la sebab asyik mengadap skrin komputer lama-lama. Pergi kerja, ngadap pc. Balik rumah pun mengadap pc.

Baca Quran tu takde la kerap. Mengadap benda ntah apape je selalu.

Skang ni pun... masih merah!

Ok lah mata. Lepas ni kita rest ok. I love you mata, and I know my Eyes love me too.



Korang faham tak entry aku kali ni?


NUke

Sambungan daripada entry semalam. Disebabkan aku tak berapa rajin nak menaip, maka aku letakkan saja gambar-gambar.








Dalam percutian ke Melaka yang singkat tu, aku berjaya beraktiviti, melawat & menziarah:-

  • Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
  • Istana Kesultanan Melaka & Taman Larangan
  • Kota A' Famosa
  • Bukit St. Paul
  • Muzium Setem Melaka
  • Stadhuys
  • Perkarangan Christ Church Melaka
  • Replika Windmill
  • Malacca Fort
  • Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
  • Menara Taming Sari
  • Dataran Pahlawan
  • Mahkota Parade
  • River Cruise, Sungai Melaka
  • Jonker Street
  • Muzium Islam Melaka
  • BECA!!! Naik & Kayuh!!

Oh! Perlu ke aku mention Melaka Sentral dan juga menaiki Town Bus yang begitu nostalgia??

NUke

Kesempatan yang diberikan selama beberapa hari itu aku gunakan sepenuhnya untuk menghilangkan butiran tekanan yang lama tersimpan dalam fikiran ni. Tak kesah lah bulan Ramadhan ke tak, yang penting aku dah berjaya amik cuti seminggu. Sememangnya cuti yang melegakan sebab aku langsung tak pikir pasal hal kerja! haha!

So, aku decide untuk so-called 'backpacking' ke Melaka. Bukan.. bukan negeri di bawah bayu lah! 



Melaka, Negeri Yang Terjajah!

Ok la. Negeri Bersejarah!

Seawal jam 8.30 pagi aku dah mandi and bersiap2 pakai kasut putih aku. Pakai T-shirt ringkas dgn seluar jeans, aku pun drive ke Terminal Putra untuk amik train. Of course la, ibu pun ade skali ikut aku menghantar diri sendri ke terminal LRT tu, kalo tak sapa nak bawak balik keta tu ke rumah. Then, aku naik LRT ke KL Sentral sebelum tukar naik Komuter ke Seremban. Aku beli tiket bas Transnasional kul 12.30 tghari dari Seremban ke Melaka.

Heh! Gila lama tak naik bas ekspress! Aku rasa cam janggal lak bila seat aku tu dah diduduk oleh seorang lelaki lain. Ye ah! aku beli tiket seat single tu dgn harga RM6.90 (including Insurans RM0.10), alih2 sesedap dia je duduk kat seat 5C aku tu. Pasrah je lah, since penumpang pun tak ramai dalam bas tu, aku pun duduk la kat seat lain.

Ingatkan dari Seremban sejam je sampai Melaka, rupa2nya berjam2 juga. Semua sebab traffic light yang semakin banyak kat Banda Hilir tu, dan juga dah semakin bayk laluan one-way! Jadi, kesimpulan pertama yang aku dapat:-

Melaka dah banyak One-Way & Traffic Light.

Tu menunjukkan yang negeri ni dah makin maju agaknya!


Nanti lah sambung!

NUke


Siri 1


Kau serius ke Asyraf?”, kata Xyryll yang masih terkejut dengan soalan yang diajukan rakan sebiliknya itu. Dia seolah-olah tidak percaya, setelah apa yang diperlakukan terhadap rakan baiknya itu… setiap perilaku yang sepatutnya dibalas dengan kebencian… kini sebaliknya.

Kenapa? Tak boleh ke kalau kita bercinta?

Kau sayang aku, bukan?

Asyraf melepaskan butiran kejujuran kata dengan selaju yang termampu. Bergetar jantungnya mengatur ayat untuk meyakinkan dirinya sendiri; berani mengajukan sesuatu pertanyaan dengan gopoh.

Segera Xyryll menuju ke arah Asyraf yang masih terduduk di atas katil. Dengan separuh duduk, meletakkan lutut kiri di atas lantai tak bertikar itu, Xyryll menggenggam kedua-dua tangan Asyraf.

Aku sayang kau, Asyraf.

Peluk. Sebelum masing-masing menyedari akan degup laju jantung kedua-dua lelaki bertubuh tegap itu. Baju nipis yang dipakai Asyraf itu tidak mampu mengalirkan bayu sejuk bumi Melaka ke tubuhnya, yang kini hangat dipeluk kekasih barunya malam itu. Tidak disangka, jauh sekali berangan untuk dirinya bercinta dengan seorang lelaki yang satu ketika menjadi teman sepermainannya ketika kecil – Xyryll.

Tangan-tangannya kemas menekap pipi Xyryll, disaksikan sepuasnya wajah milik seorang lelaki yang mengubah minatnya terhadap seorang perempuan; seorang lelaki ‘macho’ yang terkenal dengan sifat maskulin dan athletic ketika di zaman sekolah.

Rambut lelaki itu dibelai perlahan, dan ada ketikanya direntap manja, merapatkan muka mereka berdua, sebelum hidung mancung Xyryll bertemu dengan hidungnya. Berdengus nafas yang semakin kencang. Tersengih kedua arjuna yang mula menikmati cinta antara mereka, menampakkan baris gigi yang putih, dihias lengkap dengan taring yang cukup menggoda pabila ditusuk ke bahagian leher.

--

Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Ada ketika, Asyraf merasa keliru dengan apa yang terjadi malam itu. Sungguhpun ia berakhir dengan tidak memaksa diri masing-masing untuk mandi wajib, akan tetapi dia sesekali merasa rimas pada bahagian bibir yang disedari kering akibat tujahan nikmat dan permainan lidah yang memberahikan.

Tualanya dicapai perlahan, sebelum satu per satu pakaian yang menutupi tubuh ditanggalkan. Dalam gelap dan pekat subuh itu, dia terperasan akan Arief yang baru saja tersedar dari lamunan, manakala Xyryll masih lagi lena dibuai mimpi. Fadhiri? Dah tentu dia lah yang paling awal bangun, mengalunkan azan, menghalau syaitan yang menghasut manusia tuk menarik selimut ‘kulit babi’.

--

Tujahan air pancur ke arah mukanya, sedikit sebanyak menyegarkan dan menghilangkan ngantuk dari tubuh. Satu demi satu keletihan malam tadi surut dan mulai hilang bersama aliran air yang keluar ke lubang di lantai bilik mandi. Dalam pada dia sibuk membersihkan diri, kedengaran beberapa orang sudah mula memenuhi bilik mandi bersebelahan yang kosong. Menyedari akan perihal itu, Asyraf menyegerakan mandinya, memberi peluang kepada teman-teman lain untuk menggunakan bilik mandi.

Tersenyum sambil mencukur janggut nipisnya itu, mengenangkan baris kata yang diluahkan Xyryll. Jauh mendalam lamunan Asyraf ke dalam cermin itu sehinggakan kehadiran Anuar yang lama berdiri disebelahnya itu pun tidak disedari.

Hok aloh… Shave janggut pun leh senyum?? Gila ke ape?? Pepagi dah gila??

Bising lah kau! Aku tengah happy ni…

Mimpi beromen ngan Avril Lavigne lah tu.. hahaha

Sial..! Hahaha.

Dalam pada mereka bergelak ketawa, satu suara muncul dari belakang, mengejutkan kedua-dua sahabat itu.

Berani kau kacau jambu aku…!


--Bersambung…


p/s: Kisah Asyraf, Xyryll dan Alya' (yang kononya lama dinantikan) kini kembali menemui pembaca. 

Sudah lupa bagaimana pengakhiran musim pertama? Klik sini untuk membacanya. 

Oh! Tak pernah tahu akan kewujudan cerita bersiri ini?? Klik sini untuk membaca semuanya!

NUke

Semalam, adik-beradik aku smua datang berbuka puasa di rumah ibu. Kebetulan, adik aku yg sekolah asrama tu pun pulang ke rumah bonda untuk sama2 berbuka puasa. Padahal, salah satu tujuan dia balik tu sebab nak mintak duit kat kakak2 & abang2 dia yang dah keja tu. Macam la kitorg tak tau. Berbalik pada perihal berbuka puasa, maklum sajalah, kalau dah namanya ade reunion adik beradik, for sure akan ada satu pebincangan yang akan berlaku.



Tengah duk mengupdate pasal masing2, tiba2 aku bertanya kat Along,

"Eh Monyet, kau dah tengok ke barang Linkin Park yang aku beli last year, guna kredit kad kau tu?", sambil aku membelek2 henfon utk membalas mesej J.

"Ha! Mana?? Apa benda je yang kau beli?"

"Tu!.." Sambil menunjuk ke arah vinyl record yang tergantung kat dinding. "Tu vinyl record. Boleh play tu, but kena guna vinyl record punya player laa."

"Oo.. ye ke? Ape benda namanya tu?"

"Vinyl record."

"Vinyl record?"

"Ye..vinyl record..."

"Vinyl record?"

"Vinyl record!!"

"Oo. vinyl record...", Along bersambung... "Vinyl record ni dgn piring hitam yang zaman dulu-dulu tu tak sama kan?"

Mengenangkan akan hal itu, timbul pula persoalan dalam fikiran aku, lalu aku pun bertanya Along;

"Along, piring hitam tu dalam English apa ya?"

"Entah.. Hmm..", balas Along sambil berfikir..

"Bukan ke BLACK PLATE?", kata aku.




Kalau cikgu English aku tau pasal hal ni, sure dia menangis... tak tau la sebab gembira, atau sedih!


NUke

Serius dowh,

Attend meeting time bulan2 puasa ni kadang2 lagi memeningkan kepala. Tambah2 lak mengadap officemate yang bukan Muslim tu syok je melahap gula-gula.

2 hari berturut-turut lak tu ada meeting.


Heh!


NUke

Angah YM aku tadi. Baru je kejap tadi. Perbualan kitorang camni la lbh kurang:-


Angah : Salam weh.

Angah : Buka apa td?

Aku : Buka puasa la..

Angah : Choyy..






But, betul la kan? Aku berbuka puasa la tadi. Betul la kan?? Kan? Salah ke jawapan aku tadi??

NUke


Di kesempatan ini, aku; NUke Rude ingin sekali memohon maaf atas segala salah silap jika berlaku kekasaran idea sepanjang aku menulis di laman ini. Adatlah, ade sesetengah perkara itu mmg disukai, ada juga yang dibenci. Segalanya aku terima, walaupun adea ketika memang pahit dan jenuh untuk ditelan.

Moga-moga kita semua menghadapi bulan penuh mulia dan keberkatan ini dengan hati yang tenang, dan istiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t.

Andai kata ini Ramadhan terakhir aku, aku harap kalian dapat menyebarkan mana2 nukilan ilmu yang ada dalam blog ini kepada rakan muslim yang lain. Dan jika ada perilaku dan memo hitam yang perlu dijauhi, maka tak perlulah kalian turuti.

Semoga Ramadhan kita diberkati, dan insya'Allah, kalau diizinkan-Nya, berjumpa lagi lain hari.

Selamat Menyambut Ramadhan al - Mubarak

NUke



"Kau lah punca aku jadi macam ni!"

"Semuanya sebab kau!"



Konflik. Cinta. Sayang, dan kelemasan dalam pelukan.

--

Ku Ampunkan Cintamu 2


NUke

Aku ingat lagi zaman2 sekolah asrama. Time tu, boleh dikatakan yang aku ni agak bertuah la. Sebabnya, kakak2 aku sumer dah bekerja. And parents pun time tu, masih lg berkudrat nk mncarik duit. So, bila dah sampai hujung2 bulan (or kdg2 tu, tgh bulan) aku sure call ibu. Biasalah.. mula2 tanya khabar, pastu tnya pasal org2 kat rumah, sihat ke tak.

Before letak telepon, baru lah menyampaikan hajat yg sebenar, yakni nk meminta bantuan kewangan. Haha.

Zaman study dlu, nak nak pulak sekolah asrama yg mana makan pun 6 kali sehari dan FREE, kalau ibu kirimkan RM50 pun aku rasa cam da ckup byk tuh. Apa tah lagi RM100. Tapi aku tau, kdg2 pun ibu takde duit nak kirim kat aku, sebab abang aku n adik aku pun time tu masih schooling. Huhu.

So, mangsanya? Angah dan Along lah. That's for sure!

Tapi, mslhnya, hmm... itu lah msalahnya. Angah aku ni suka je nak mengugut yang bukan2. Kalo dia ugut suruh blaja elok2 tu aku tak kesah sgt. Tapi, dia ni suka nak ugut aku ngan benda yg ntah apape.

Ko tau je lah kan, life as a student kat asrama, kalau benda2 memalukan ni memang cepat sgt tersebar...

Boleh lak Angah aku ugut aku yang dia nk pos laju sbotol Kicap Tamin yang botol besar tu kat aku. Dia kata dia nak tampal sticker address je. Takde nak balut2.

Kalu tak, dia tak nak bagi duit.


Gila ape! Jatuh tu reputasi kalau member2 and junior2 nampak, aku amik kicap tamin dr kaunter pelajar.. dah la Wakil Pelajar dlu2. Cis! Tak pernah2 dlm sejarah skolah tu aku tgk ade budak bwk kicap g mkn kat DS!

"Ko tau, aku nampak abang Amer tu bawak Kicap Tamin Botol BESAR gi DS!!" Mesti camni dialog2 junior aku nanti!

Skang ni, aku lak ugut adik aku yg sorang tu ngan kicap Tamin. Mana boleh abang dia je terkena.. adik pun mesti kena jugak. Haha! Kalau tak, aku tak nak bg dia duit!

p/s: DS stands for Dewan Selera.

NUke



Menghasilkan Vlog yang reader-friendly tu kadang2 boleh mengambil masa yg agak lama. Maklumlah, sebab aku ni vlogger amatur je. Kalo sape2 yg mngikuti vlog aku since Vlog#1, aku rasa korang bole nampak perbezaan kot. Dari segi content dan cara aku meng-happening-kannya.

Anyway, asyik tgk vlog aku memceceh entah apape, edisi kali ni, aku tujukan khas untuk para followers dan pembaca jga penonton Vlog kat NUke Rude Blog ni.

Aku rasa nk dptkan vdeo yg btul2 ade feel n sesuai ngan konsep penceritaan tu, kadang2 amik masa lbh dr 1 jam. Huhu...

Kalo nak tau ape content yang cuba aku sampaikan dlm Vlog kali ni, korang kena tunggu la kmunculan Vlog yg akn dtg. haha.


p/s: Lady Gaga got 13 nominations in 2010 MTV Video Music Awards! Gila ah!


NUke

Heh. Normal lah. Sapa je yang tak suka pada benda2 yang sedap. Aku pun camtu jugak. Well, dalam entry kali ni, aku nak bgtau korang macamana aku leh minat kat J.

Jay Chou.

Jay Chou lah!

Hmm, ok what bila kita ni sdik lari drpada kbiasaan. Aku start minat kat lagu2 Jay Chou sejak Angah beli CD lagu dia. Kalo x silap, time tu thn 2004 kot. Ala, zaman2 nak berjinak2 ngan muzik. Before that aku asyik layan Linkin Park saja. Balik rumah je, pasang CD Meteora. Pastu, tuka lak Avril Lavigne. Balik2 2 CD tu je lah.

Camni kisahnya...

Angah baru balik dari kerja / kuar ngan member dia. Kat tgn dia ada la satu plastik kedai muzik. Sambil2 dia bjalan masuk rumah tu, dia pun menceceh pasal hobi dia skang ni mndengar lagu Cina. dalam hati aku berkata "ntah apape ntah monyet ni... dengar lagu Cina, pe kebenda ntah dia pikir... macam lah paham!" Tapi, tu sumer dalam hati lah.

Since time tu cuti skolah, aku pun sememangnya stiap masa ade kat rumah, sesekali tu angah pun bercrita lah pasal CD lagu cina yg dia br beli tu. Nak dijadikan citer, CD tu lak ade set combo, skali ngan VCD, ade la 3 4 video clips skali. Bosan2 time hujung mnggu, Angah pun pasang la kat TV. Tengah2 melayan vdeo2 Cina tu, aku trus terpesona ngan 1 lagu tu. Berpusing gak la mata aku drpd mngadap 'Utopia'. Trus aku tgk video clip itu.

Since itu lah, aku mula menanya2 pada Angah pasal lagu tu. Aku cuma suka lagu tu je pun. Lagu2 lain dlm album tu aku tak amik port sangat. Risik punya risik, baru la aku tau si penyanyinya adalah Jay Chou. Ha, from there lah aku kenal si Jay Chou tu.

Kurang ajar Jay Chou ni... tak pernah2 dalam idup aku termimpi nak dengar lagu cina, tetiba lak dia leh wat aku suka kat lagu dia tu. Sampai skang ni aku suka lagu tu. Best je dengar, baru lah rasa mcm poyo skit... maklumlah, kita ni (konon2nya) melayu, tapi dengar lagu Cina! Tak ke bangga?



Lagu ni la yang aku duk suka dgr ulang2 kali.


Jay Chou - Wounds of War (Zhǐ Zhàn Zhī Shāng)



NUke

"Walaweh, gila bosan!", kata aku sambil duduk termangu dalam kelas yang dijadikan bilik sekretariat utk satu acara dan majlis keraian. Kalau tak silap, aara tu diadakan kat satu sekolah rendah, somewhere di daerah Johor. Yang pasti, ketika waktu tu, cuma ada aku, Lissa, Sab and Malinda. Kitorang ditugaskan dan di-appoint utk manage event tu sebab ade tetamu kehormat datang. Dan yang paling best, organizer tu tak bgitahu pun sapa VIP dorang tu.

Kalau ikutkan program, VIP akan datang utk rasmikan majlis. but before that, dia akan duduk2 kat dalam bilik sekretariat (yang turut mnjadi VIP Holding Room) and makan2 kudapan dlu. Since acara tu dianjurkan oleh pihak sekolah, maka berlegar2 jugalah cikgu2 pompuan ke hulu hilir memastikan kuih yang dipesan dari kantin tu mencukupi utk tetamu kehormat.

Aku bgtau Lissa... "Can I play some music ha? I am soooo bored!" Belum sempat dia mencelah dan menyampuk, aku dah pasang lagu 'Asereje' yang mana aku terjumpa dlm folder dlm pc kat dalam kelas tu. Ada la dalam seminit aku pasang lagu tu, tetiba kecoh2 kat depan pintu kelas tu, tau2 VIP dah sampai.. sambil menggelabah aku nk meng-offkan media player tu, tetiba pc lak hang!!!! Lahabau tul! Malinda and Sab dah menyiku2 aku dah, sambil senyum2 cover. Aku pun, cuak pnya pasal, trus tanggalkan plag pc tu. tepadam la trus pc bongok tu.

Aku tgk VIP yang skolah tu jemput, macam someone yang humble je. Aku yang curious ni pun melangkahla ke daun pintu nak tgk sapa gerangan VIP tu.

Sultan Johor beb!!!

orang lain siap ber-tuanku2 lagi. Aku leh lak bantai selamba wish Sultan "Good morning... how are you?"

belum sempat sultan Johor nak membalas sapaan aku, sang ibu menggertak aku dari luar bilik...

"amer!! dah kul 8! Ko tak kerja ke?"

Mimpi skali lagi.

NUke



After merelasekan 'Insha Allah' awal tahun haritu, penyanyi muda berbakat ini mengambil keputusan utk sama2 membetulkan persepsi Barat terhadap perilaku Nabi Muhammad dan umatnya; yakni kita, Muslim. Lagu yang rapi disusun dengan ulangan melodi piano yang menusuk kalbu, ditambah pula dengan penggunaan bahasa mudah dan cepat utk dihafal dan difahami, 'The Chosen One' membuktikan kematangan Maher Zain dalam penyampaian makna yang tersirat di dalam lagu.

Diilhamkan oleh sifat dan perilaku mulia Nabi junjungan, s.a.w., 'The Chosen One', jika dinilai dari sudut melodi sudah cukup memberangsangkan dan kuat dek gabungan alunan vokal yang segar disulami bass, gitar, synch, 3 lapis suara latar dan juga strings.

Satu lagi produk berkualiti daripada; Maher Zain.

Song: The Chosen One
Album: Thank You Allah
Release Date: Aug 01, 2010
MyRate: 3.8 / 5.0

NUke


Thanks to Lissa yang telah menang 2 tiket ke konsert MTV World Stage. Tak pasal2 aku tumpang rezeki sekali. Adil lah kan, dulu2 aku menang tiket konsert, aku ajak member. kali ni, aku pulak la merasa. Sampai kat sunway around 12 noon, singgah lunch kat KFC, before berjalan menuju tempat beratur. Sambil tu, sempat jugak melahap 2 donut J.Co sambil minum Chocomint.

Konsert bermula around 7 pm; dimulakan dengan Bunkface, Wonder Girls, Tokio Hotel dan last skali, Katy Perry. Malam tu menyaksikan Bunkface pertama kalinya muncul di MTV World Stage mewakili Malaysia; juga remix rock 'Nobody' oleh Wonder Girls walaupun hanya untuk beberapa saat, grafik menarik di skrin dan fireballs, ketika persembahan oleh Tokio Hotel, dan juga lagu baru Katy Perry yang pertama kalinya diperdengarkan pada khalayak ramai - Peacock.

Cakap banyak tak guna, gambar2 ni ada.













NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.